SERI AL HUDA NAIB JUARA IHTIFAL (AKADEMIK) KEBANGSAAN SERI/SEMI ABIM KE-18 2018

Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) telah menganjurkan Ihtifal (Akademik) Kebangsaan SERI/ SEMI ABIM Ke-18 dengan jayanya pada 16-18 Mac 2018.
SERI Alor Setar dan SEMESTI Alor Setar telah dipilih untuk menjadi tuan rumah. Ihtifal ini telah diadakan di Kompleks Pendidikan Al-Hikmah Alor Setar.
Penginapan untuk semua kontijen yang terlibat adalah di sekolah-sekolah dan ‘homestay’ yang berhampiran dengan lokasi. Program ini telah membuka ruang dan peluang kepada para peserta untuk membuktikan bahawa huffaz Al-Quran mampu bersaing dalam bidang akademik dan amal Islami setanding pelajar-pelajar institusi lain.
Program yang berlangsung selama 4 hari ini telah menarik penyertaan 20 buah sekolah ABIM di Malaysia dengan 22 acara akademik dan Amal Islami yang dipertandingkan.
Seramai 623 pelajar SERI dan 309 pelajar SEMI menyertai program kali ini. Antara acara yang dipertandingkan pada peringkat SERI adalah Gubahan & Seni Kreatif, Menulis Khat, Azan, penyampaian Kisah Al-Quran dan Khutbah Jumaat.
Johan Keseluruhan bagi kontinjen SERI telah dimenangi oleh SERI Alor Setar, diikuti SERI Al Huda sebagai Naib Johan seterusnya SERI Seremban di tempat ketiga.
Sekalung tahniah kepada peserta dan guru penasihat di atas kejayaan yang telah dicapai.



[learn_press_profile]