SERI AL HUDA MERANGKUL 2 PINGAT EMAS DALAM IHTIFAL(SUKAN) KEBANGSAAN
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, Majlis Ihtifal (Sukan) Kebangsaan SERI/SEMI kali ke-xvii telah melabuhkan tirainya pada Mac yang lalu.
Majlis yang bermula pada 17 Mac 2017 itu berakhir pada tengah hari 20 Mac 2017 iaitu pada hari Isnin. Semangat kesukanan yang tinggi oleh para peserta dan jurulatih, serta dorongan daripada ibu bapa telah membuahkan hasil yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. SERI Al Huda telang merangkul 2 pingat emas bagi acara Memanah Lelaki dan Catur Perempuan, 2 Pingat Perak bagi acara Pingpong beregu lelaki dan 200m perempuan, dan 3 pingat Gangsa bagi acara Pingpong beregu perempuan, Renang Lelaki dan 4x100m Perempuan.
Seramai 57 orang kontinjen dan 15 orang guru pengiring memulakan perjalanan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan pada pukul 11.00 pagi dengan dua buah bas dan selamat tiba pada pukul 4.30 petang.
Majlis Perasmian Pembukaan dirasmikan oleh wakil Menteri Besar Pahang dan dimulakan dengan acara perarakan kontinjen dari setiap sekolah yang menyertai majlis ini. Pertandingan bermula pada hari kedua, iaitu pada 18 Mac 2017 (Sabtu). Antara acara yang dipertandingkan adalah lontar peluru, balapan, lompat jauh, bola sepak, badminton, bola jaring, acara memanah dan banyak lagi. Semua acara berakhir pada hari ketiga sebelum pukul 2.00 petang.
Pada sebelah malamnya pula para kontinjen dan guru diraikan dengan Majlis Makan Malam bersama Kerajaan Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak.
Majlis Penutup diadakan pada 20 Mac 2017 di Kompleks Sukan UIAM yang dirasmikan oleh Mohamad Raimi Abdul Rahim, Presiden ABIM Pusat. Diharapkan majlis ini mampu merealisasikan objektif yang dirancang oleh pihak Yayasan Takmir Pendidikan dengan menterjemahkannya melalui semangat kesukanan dan silaturrahim dalam kalangan entiti ABIM.
[learn_press_profile]