03-6188 7504     seriah@serialhuda.edu.my  |  kew@serialhuda.edu.my

Lawati laman sosial kami  

Pesanan Dari Pengerusi Lembaga

Pertama sekali, marilah kita merafakkan setinggi kesyukuran ke hadhrat ilahi atas izin dan rahmatNya dapat kita bersua dalam laman sesawang SERI AL HUDA yang di perbaiki dan di perkemaskan. Tahniah kepada pengurusan sekolah atas inisiatif ini dan saya berharap ianya menambah segar kewujudan SERI AL HUDA dalam komuniti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Sesungguhnya anak-anak murid ini adalah anak-anak kita semua. Jika ibu bapa anak-anak adalah merupakan ibu bapa hakiki atau asli, para guru dan pendidik SERI AL HUDA juga merupakan ibu bapa tarbiyah yang membimbing, mengasuh dan mendidik anak-anak ini dari tidak tahu menjadi tahu dalam pelbagai perkara yang munasabah bagi mereka.

Dalam membangunkan Kompleks Pendidikan Islam Integratif SERI AL HUDA, Lembaga Sekolah juga melihat kemelut masyarakat semasa mendesak untuk kita membuat reformasi Pendidikan dan memberikan tumpuan kepada beberapa aspek seperti penghayatan adab, Kemahiran Bahasa dan budaya serta pembinaan peradaban selain menguasai unsur analitikal dan penyelesaian masalah. Pengenalan kepada Pendidikan Al Hikmah adalah satu jalan yang perlu di jelajahi, dikuasai dan di jayakan dengan mengambil kira penguasaan ilmu mendepani Abad 21 bagi meningkatkan kompentensi dan kemenjadian murid. Kompleks ini diharap akan menyediakan prasarana yang lebih baik, sesuai dan seiring dengan kemajuan Abad 21.

Semasa pandemic COVID-19 ini masih berlegar dalam negara, tugas mendidik ini tetap diteruskan dalam apa jua cara kecuali bersemuka dengan hadir ke sekolah. Ketidakhadiran ke sekolah bukan satu halangan untuk terus belajar malah bukan juga satu halangan untuk mendidik. lanya telah membuka satu fenomena baru pendidikan dan kaedah muamalat secara maya serta mendesak kita untuk bersedia belajar sesuatu yang baru.

Kepada semua, saya doakan tuan / puan, saudara saudari semua selamat dan sihat dan memohon agar kita santai dan relaks dalam menghadapi PKP atau PKPB. Elakkan tekanan dan stress dalam kehidupan kita.

Moga dengan izin Allah swt kita berjaya menghadapi pandemik ini dan mengalahkannya.

وَعَلَيْكُمُ السَّلاَم 

Dr. Amran Muhammad