03-6188 7504     seriah@serialhuda.edu.my  |  kew@serialhuda.edu.my

Lawati laman sosial kami  

Pembangunan SERI Al Huda

Bangunan

SERI Al Huda

Pengenalan

SERI Al Huda bercadang untuk membangunkan sebuah kompleks pendidikan untuk menempatkan sekolah rendah dan sekolah menengah, in-shaa Allah di tapak baru di Lot 3749 Jalan Gombak. Kompleks ini di kenali sebagai Kompleks Pendidikan Islam Integratif SERI Al Huda atau KOMSAH.

Kompleks ini adalah merupakan sebuah blok persegi setinggi 5 tingkat (termasuk bawah) di dalam kawasan seluas 1.67 ekar. Kompleks ini bakal menyediakan 67 buah ruang yang bakal di gunakan seperti cadangan berikut:

Kos keseluruhan pembangunan kompleks beserta kelengkapan isi bangunan dianggarkan bernilai lebih RM15.5 juta (isi kandungan anggaran lebih 1.4 juta) pada tahun 2020. Pembinaan kompleks di bahagikan kepada beberapa fasa. Fasa yang telah siap adalah:

  •  
  • Sebuah bangunan dua tingkat dengan sebuah dewan sebesar 2 kelas dan 5 buah kelas telah mulai di gunakan pada Januari 2015 dengan kos RM2.675 juta. Kini bangunan ini menempatkan pelajar tahun 5 dan 6 berjumlah sekitar 160 orang. Baki daripada kos keseluruhan adalah anggaran kos pembinaan fasa 2. 
  •  
  • Pembinaan dan permulaan fasa 2 peringkat pertama telah mula berjalan pada bulan Jun 2017 dan siap digunakan pada 2018, dengan menaikkan 2 tingkat bangunan sebagai sebahagian dari blok 5 tingkat persegi. Pembangunan peringkat pertama fasa 2 ini menyediakan 5 buah kelas lagi beserta dewan. Pembinaan ini menggunakan teknik IBS dan mampu menaikkan bangunan kompleks tingkat demi tingkat.


Dengan siapnya dua blok ini, dengan kos lebih RM4 juta (termasuk peralatan dan isi kandungan), bererti baki kos dianggarkan sebanyak lebih RM11 juta diperlukan.

Perancangan terdekat adalah untuk menyiapkan Blok B-1 iaitu sebahagian Blok B setinggi 2 tingkat yang akan menempatkan kantin di bawah dan tiga kelas di atas.

Sekolah amat teruja dan berharap bantuan samada dalam bentuk wang atau dana, sumbangan peralatan (peralatan yang wajar mengikut keperluan seperti komputer yang perlu sekurang-kurangnya model pemproses  intel core i3 atau intel core i5) atau lain-lain. Kemudahan yang dirancang adalah pendingin hawa serta mengaktifkan penggunaan teknologi dan aksesori yang berkaitan dengannya seperti LCD, laptop atau tablet, kamera video dan lain-lain yang wajar disediakan sebagai persediaan pembelajaran secara maya.

Tabung Pembangunan SERI Al Huda
BIMB : 141 620 100 11738

Sekolah Rendah Islam Al Huda
CIMB : 860054165-0

Penutup &

HarapanKami

Dengan lengkapnya projek ini, sekolah berharap pengambilan pelajar pada 2021 atau 2022 dan seterusnya boleh di tambah dan menuju ke arah memenuhi keperluan masyarakat malah pertambahan dari tahun ke tahun mengikut fasa pembinaan dan kesediaan tempat.

Sebagaimana projek-projek lain, sekolah memerlukan sokongan dan bantuan para dermawan, individu dan korporat, masyarakat keseluruhannya untuk meneruskan membuat sumbangan sebagai suatu amanah dan wawasan ilmu. Sebagaimana dinyatakan oleh tuhan, “apa yang diberi tidak akan mengurangkan apa yang dimiliki malah menambah lagi rezeki limpahannya”, dengan memberi kita akan mendapat lebih lagi.