MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 SESI 2019
Majlis Graduasi Tahun 6 Sesi 2019 merupakan satu bentuk penghargaan pihak sekolah terhadap usaha dan komitmen murid-murid sepanjang berada di SERI Al Huda. Murid-murid ini telah mencurahkan segala keringat dan keupayaan yang ada demi memenuhi tuntutan pendidikan di Malaysia.
Majlis ini merupakan satu program gilang gemilang sekolah yang diadakan setiap tahun. Program ini juga adalah program terakhir yang dihadiri oleh semua murid sebelum melangkah ke alam persekolahan menengah. Sehubungan itu, pihak sekolah telah membentuk ahli jawatan kuasa pelaksana program bagi menjayakan program ini. Majlis ini telah diadakan pada 23 November 2019 bertempat di Dewan C, Kompleks Pendidikan Islam Integratif Al Huda, Gombak. Majlis ini melibatkan semua murid Tahun 6 Sesi 2019.
[learn_press_profile]
Next