KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SIRI 1 SESI 2010

Kursus Kepimpinan Pengawas Siri 1 Sesi 2010 telah diadakan pada 16 Januari 2010 iaitu pada hari Sabtu. Kursus kali ini hanya dibuat khusus untuk para pengawas sekolah sahaja dimana tidak lagi bergabung dengan pustakawan sekolah seperti tahun-tahun sebelumnya. Seramai 35 orang pengawas telah menyertai kursus kali ini.
Kursus Kepimpinan ini telah dikendalikan oleh 5 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar UIA, Gombak. Mereka telah mengatur LDK dan aktiviti yang memberikan input yang berkesan kepada para pengawas.
Selain itu, mereka juga telah menjemput seorang penceramah iaitu Yang Berbahagia Raja Ismail b Raja Shahadan. Beliau telah memberikan ceramah tentang Siapakah Pengawas, tugasan Pengawas, Hukuman kepada murid yang melakukan kesalahan dan banyak lagi. Kursus kali ini juga telah mendapat kerjasama daripada 4 orang guru pengawas yang terlibat secara langsung sehingga kursus itu selesai.
Sepanjang kursus ini berjalan, para pengawas telah melakukan beberapa aktiviti yang rata-ratanya amat disenangi oleh mereka iaitu aktiviti meniup belon hingga pecah, melontar belon dan secara berpasukan masuk ke dalam sekeping permaidanai kecil.
Sebelum kursus berakhir, Guru Besar telah menyampaikan ucapan dan memberikan sijil serta cenderahati kepada para pengawas sekolah.


[learn_press_profile]