KARNIVAL AMAL HARI USAHAWAN KALI KE-19
Sekolah Rendah Islam Al Huda telah mengadakan Karnival Amal Hari Usahawan kali ke 19. Hari Usahawan ini diadakan di kawasan Kompleks Integratif Pendidikan Al-Huda. Ia bermula kira-kira pada pukul 9 pagi.
Karnival ini merupakan program tahunan sekolah yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi membina bangunan baru iaitu dengan menambah kelas yang sedia ada, surau, makmal sains dan bilik komputer serta melatih murid-murid berniaga dengan cara yang efektif.
Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) di dalam bilik darjah semata-mata. Bahkan, guru-guru boleh mempelbagaikan proses pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti di luar kelas. Justeru itu, SERI Al Huda telah merangka satu program Karnival Amal Hari Usahawan Muda sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (p&p) di luar bilik darjah.
[learn_press_profile]