KARNIVAL AMAL DAN HARI USAHAWAN KE-10
Karnival yang bertemakan ” Jati diri menjana usahawan berdikari” mempunyai keunikan dan karisma yang tersendiri. Objektif bagi tahun yang ke -10 untuk Karnival Aman dan Hari Usahawan ialah melatih murid-murid menjadi usahawan muda yang berjaya disamping meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan secara berkesan.
Di tapak karnival tersebut telah diadakan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan meneka duit syiling, meneka barang misteri, menulis khat, mewarna dan tayangan animasi. Selain itu, slot pemeriksaan kesihatan oleh Kampung Baru Medical Centre (KBMC) turut diadakan. Sebanyak 14 gerai mula beroperasi seawal jam 8.00 pagi dan menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Turut diadakan gerai paling bersih, kreatif dan bekerjasama.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang, dermawan, ibu bapa dan pelajar yang telah terlibat secara langung atau tidak langsung dalam menjayakan karnival ini.
[learn_press_profile]