INFAQ RAMADAN 1446H

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”.(Saba’ 34:39)
HJ.HAMID JUSOH
PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA SERI AL HUDA
YBhg. Tan Sri, Puan Sri, Dato’, Datin, Tuan, Puan
Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak dari SERI AL HUDA. Semoga kita semua dan seisi keluarga sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keampunan Allah menjelang dan sepanjang berada dibulan yang mulia ini.
Seeungguhnya bulan ini adalah laksana bulan pesta ibadah kerana banyaknya aktiviti kebajikan yang bersekala tinggi ganjaran pahalanya berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
SERI AL HUDA dengan sukacitanya membuka dan menawarkan ruang beramal jariah dalam bulan mulia 1445H, 2025 ini melalui Program Infaq Ramadhan SERI AL HUDA yang amat diperlukan bagi meneruskan pelbagai program sekolah dan perencanaan pembangunan sekolah di Kompleks Pendidikan Islam Integratif SERI AL HUDA.
Mudah-mudahan setiap amalan infaq yang dilakukan diangkat sebagai amal soleh yang berpanjangan demi mendapat keredhaan Allah swt. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kalian sekeluarga