Assalamu’alaikum wbt.
Alhamdulillah sepanjang Ramadan yang lalu, pihak Panitia Al Quran SERI Al Huda telah menganjurkan program Ihya’ Ramadan.
Pelbagai aktiviti pengisian yang telah disusun bagi memeriahkan lagi program ini antaranya Tazkirah Harian, Tadarus Al Quran, kutipan Infaq, Ziarah Mahabbah, Majlis Khatam Al Quran, Penanda Al Quran, pertandingan mewarna, membuat kad raya dan pencatat tazkirah terbaik.
Alhamdulillah, berkat daripada kerjasama semua pihak, program yang dirancang ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada guru, murid dan ibu bapa. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan Tuan Puan dan murid sepanjang Ihya’ Ramadan dijalankan.
Semoga segala amalan kita diterima Allah SWT dan dipertemukan dengan Ramadan akan datang InsyaAllah.
Disertakan pautan Video Khas Program Ihya’ Ramadan yang telah disediakan oleh Panitia Al Quran SERI Al Huda sebagai tanda kenang-kenangan.
[learn_press_profile]