⚠️ KKM ingin memberi peringatan dan menggesa orang ramai untuk memberi perhatian serius berhubung penularan sub-varian baru Omicron yang dikenali sebagai Omicron BA.4 dan Omicron BA.5 sedang tersebar di beberapa buah negara.
Kedua-dua sub-varian ini lebih mudah merebak berbanding sub-varian Omicron sedia ada.
😷 Oleh yang demikian, orang ramai diingatkan agar tidak mengabaikan langkah pencegahan jangkitan COVID-19 bagi mengelakkan peningkatan semula kes COVID-19. Sentiasa membuat penilaian risiko kendiri dan ambil langkah pencegahan yang bersesuaian.
Sumber: FB KKM
[learn_press_profile]