Tentang Seri Al Huda

  • PDF

 

Seri Al Huda telah ditubuhkan oleh Angkatan Belia Islam pada tahun 1989 dengan hasrat untuk membentuk Insan Kamil melalui sistem pendidikan bersepadu.

Seri Al Huda telah berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini sekaligus membolehkan murid-murid Seri Al Huda mengambil peperiksaan Penilaian Sijil Rendah Agama(PSRA) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR).

Seri Al Huda ingin terus mengorak langkah ke hadapan untuk meningkatkan prestasi dan menjadikan sekolah lebih inovatif dan kompetetif dengan melaksanakan Sistem Pendidikan Islam dalam menghadapi cabaran zaman masa kini.

Untuk memenuhi hasrat ini, pihak sekolah telah memulakan usaha mengumpul dana untuk membangunkan Kompleks Pendidikan Seri Al Huda yang akan menempatkan dua blok bangunan sekolah di atas Lot 3749, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Maklumat Sekolah:

Jumlah Murid : 480 Orang
Jumlah Guru : 33 Orang
Jumlah Staff : 8 Orang
Guru Besar : Pn. Hajjah Surayah Bt. Sarin

 

Alamat untuk dihubungi:

Lot 1769-4, Km 11, Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.
Tel / Fax : 03-6188 7504

 

 


You are here: Profail Anugerah Sekolah