Sekitar Ihtifal Pendidikan ABIM

  • PDF

Menjelang cuti persekolahan yang lalu, rangkaian Taman Asuhan Kanak-kanak Islam ABIM (Taski ABIM) Sekolah Menengah Islam (SEMI) dan Sekolah Rendah Islam (SERI) di setiap pelusuk negara telah menganjurkan majlis sambutan Ikhtifal kecemerlangan untuk meraikan bakat para pelajar dalam pelbagai bidang. Dalam ucaptamanya ketika merasmikan Ikhtifal SEMI dan SERI ABIM Sungai Ramal Dalam Kajang, Hasri Harun (Exco Biro Dakwah ABIM) menegaskan perlunya untuk menilai pencapaian murid dalam segenap aspek termasuk meliputi aspek kerohanian dan pembinaan sahsiah mereka.

"Kita tidak menjadikan ukuran kejayaan anak-anak hanya melalui peratusan dan angka.Ingat bhw pendidikan kepada prinsip iqra' iaitu mendidik mereka ilmu yg akhirnya mereka mengenal penciptanya." katanya lagi. TASKI, SEMI dan SERI ABIM merupakan rangkaian institusi pendidikan bersepadu ABIM di bawah seliaan Yayasan Takmir Pendidikan.

You are here: Home