Syarat Kemasukan Sekolah Rendah

  • PDF

KEMASUKAN KE PRA BESTARI DAN TAHUN 1

Syarat-syarat asas :

1. Pemohon mengemukakan permohonan secara talian daripada tarikh 1 Februari sehingga 15 Julai.

2. Pemohon hendaklah mencapai umur enam (6) tahun pada tahun daftar kemasukan bagi pemohon ke PRA Bestari dan tujuh (7) tahun daftar kemasukan bagi pemohon ke Tahun 1.

3. Pemohon adalah berkeadaan normal daripada aspek fizikal dan mental dan bagi kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) hendaklah pada tahap kendiri.

4. Pemohon hendaklah menduduki Peperiksaan Ujian Kelayakan yang yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan berjaya mencapai kelulusan minima iaitu lulus dalam semua matapelajaran bagi daftar kemasukan ke Tahun 1 dan kelulusan minima yang dipersetujui oleh panel peperiksaan bagi daftar kemasukan ke Pra Bestari.

5. Ibu bapa atau penjaga pemohon mempunyai kemampuan kewangan yang ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu pendapatan isi rumah dengan tanggungan adalah munasabah.

6. Ibu bapa atau penjaga pemohon mempunyai komitmen yang tinggi dalam menyokong semua program yang dianjurkan oleh SERI Al Huda.

Keutamaan :

1. Pemohon yang mempunyai adik-beradik masih bersekolah di SERI Al Huda.

2. Pemohon yang mempunyai adik-beradik pernah bersekolah di SERI Al Huda.

3. Anak kepada kakitangan Sekolah SERI Al Huda atau Lembaga Pengelola SERI Al Huda.

4. Ibu bapa atau penjaga pemohon mempunyai komitmen yang tinggi dalam usaha membantu menjayakan segala bentuk program yang dikelolakan oleh SERI Al Huda dan Badan Keluarga SERI Al Huda(BAKA).

Hilang Kelayakan Memohon :

1. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang telah disenarai hitamkan oleh Unit Kewangan Sekolah .

2. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang pernah terlibat dalam kegiatan yang boleh mencemarkan nama baik Sekolah  secara langsung atau tidak langsung.

3. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang pernah mempunyai anak bersekolah di Sekolah dan memberhentikan tanpa sebab yang munasabah.

4. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang mempunyai anak bersekolah di Sekolah SERI Al Huda tetapi tidak menunjukkan minat kepada program sekolah dan usaha menjayakan SERI Al Huda.

Kemasukan Ke Tahun 2 Hingga Tahun 6

Syarat Tambahan

1. Pemohon mengemukakan laporan prestasi terkini akademik dan agama dari sekolah sekarang atau pemohon menduduki temubual pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

2. Kelulusan masuk adalah bergantung kepada laporan atau temubual yang dijalankan.

Disediakan oleh :

BAHAGIAN PENDAFTARAN

SEKOLAH SERI AL HUDA.

 

You are here: Pendidikan Sekolah Rendah Syarat Kemasukan