KURSUS KEPIMPINAN SIRI 1

  • PDF

13 Januari 2018 - Kompleks Seri Al Huda, Gombak

PEMIMPIN LUAR BIASA

 

 

Itulah "Tagline" atau "War Cry" untuk Kursus Kepimpinan Siri 1 Sri Al Huda, Gombak 2018. Tagline ini menjadi energizer dan semangat baru buat peserta kursus.

 

Kursus selama satu hari ini disertai oleh 132 orang pelajar yang terdiri dari Pengawas Sekolah, Pustakawan, Ketua Unit Beruniform dan Ketua Kelas. Alhamdulillah semuanya hadir dengan penuh semangat. Kursus yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak The Trigger Urban yang didatangkan dari Negeri Sembilan Darul Khusus. Alhamdulillah banyak perkongsian dan aktiviti yang dibuat. Terima kasih  di atas kesudian memberi Inspirasi dan Aspirasi buat barisan kepimpinan di sekolah kami.

Buat peserta, bukan kesempurnaan yang kami cari, tapi perubahan demi perubahan yang kami ingin saksi. Kalian memikul amanah yang diberikan oleh pihak sekolah, laksanakanlah. kelak bila ditanya oleh Allah, kalian mampu menjawabnya dengan tenang. Kami tidak mengharapkan kalian benar-benar berubah selepas dari program ini, tapi kami yakin dan pasti, kalian mampu lakukan apa yang kalian katakan. Buktikan kepada kami bahawa kalian PEMIMPIN LUAR BIASA SRI AL HUDA. Tahniah Unit Hem Seri Al Huda.

Semoga Allah redha akan usaha ini.

 

You are here: Home