PEMBANGUNAN FASA 2 PERINGKAT PERTAMA SEKOLAH RENDAH ISLAM AL HUDA

  • PDF


Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran kepada Allah Swt yang maha kaya dan maha pemurah di atas keizinanNya Pembangunan Fasa 2 dapat dilaksanakan. Pembangunan yang menelan lebi dari RM1juta ini telah bermula pada hujung bulan Julai 2017. Pembangunan Fasa 2 ini yang dikenali sebagai blok C ini telah hampir siap  95% dan telah mula digunakan pada awal persekolah 2018 di mana blok ini menempatkan 4 buah kelas tahun 4 dan 5, makmal komputer, dewan dan pejabat sementara. Fasa ini telah menggunakan hampir 80% dana sekolah pada tahun 2017. Sebanyak lebih RM230,000 masih belum berbayar kepada kontraktor pada Januari 2018.

Pembinaan seterusnya terbuka kepada beberapa opsyen seperti berikut:

a. Pembinaan satu tingkat blok B yang boleh menempatkan kantin dan dewan terbuka dan tandas. Juga pembinaan tingkat kedua blok C yang mampu menempatkan tambahan 6 buah kelas. Anggaran kos pembinaan dengan opsyen ini adalah RM800,000 manakala peralatan adalah tambahan RM200,000.00 lagi. Jumlah keseluruhan opsyen ini adalah RM1.0 juta.

b. Membina dua tingkat blok B untuk menempatkan kantin dan dewan terbuka di tingkat bawah, tandas dan pusat sumber, bilik AV, pejabat-pejabat di tingkat satu. Tingkat kedua blok C yang mampu menempatkan tambahan 6 buah kelas juga di bina. Anggaran kos pembinaan adalah RM1.2 juta manakala peralatan di anggarkan berjumlah RM300,000.00 lagi. Jumlah keseluruhan opsyen ini adalah RM1.5 juta.

c. Membina tingkat kedua dan ketiga blok C yang boleh menambah 12 buah kelas. Anggaran kos pembinaan ini adalah RM700,000.00 manakala peralatan adalah tambahan RM100,000.00 lagi. Jumlah keseluruhan adalah RM800,000.00

Pihak sekolah mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang ingin memberi sumbangan kepada pihak sekolah bagi kelangsungan projek pembangunan fasa 2 ini. Mudah-mudahan dengan sumbangan yang diberikan boleh memberi keselesaan dan penambahbaikan mutu pendidikan di Seri Al Huda selain menambah saham akhirat tuan puan.

You are here: Home