" Kalau nak jadi bidadari, Al Quran mesti di hati "

  • PDF

 

Itulah trademark yang sering dilaungkan oleh Tahfiz Muda Khodijah dalam Program Tahfiz Muda Musim Kedua. Tiada ucapan lain selain ucapan Tahniah dan Syabas di atas kejayaan merangkul Naib Johan dalam pertandingan TM.

Syabas juga diucapkan kepada ibubapa termasuklah abang dan kakak yang sudah pasti tidak putus mendoakan dan memberi semangat setiap saat dan di setiap waktu. Kami warga pendidik Seri Al Huda juga amat berbangga dan gembira atas kejayaan beliau. Mudah-mudahan trademark beliau itu boleh menjadi inspirasi warga Seri Al Huda agar mereka bukan sekadar membaca dan menghafal Quran semata-mata, tetapi mampu menghayati hingga menjadikan Al Quran sebagai sahabat sejati. InsaAllah

Daripada Osman Bin 'Affan r.a telah berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : " sebaik manusia di antara kamu , orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain. " ( hadis riwayat Bukhari )

Mabruk alaik. Moga istiqomah dan menjadi Hafizah yang solehah satu hari nanti.

Allahumma Amin.

" AL QURANKU SAHABATKU..."

 

 

 

You are here: Home