Notis Mesyuarat Agung BAKA kali ke 26 (2015)

  • PDF

Mesyuarat Agung BAKA kali ke 26 akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 1 Mac 2015 / 13 Jamadilawal 1436h

Hari : Ahad

Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari

Tempat : Dataran SERI Al Huda

 

Sehubungan dengan itu, satu notis telah diberikan kepada semua murid pada 26 Januari 2015 bagi memaklumkan perkara ini. Bersama-sama dengan notis tersebut disertakan borang usul untuk diisi oleh ibubapa sekiranya perlu. Pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya ibu bapa dapat memberikan kerjasama dengan mengembalikan borang usul tersebut kepada setiausaha BAKA (Ustazah Norulaini bt Abdullah) sebelum atau pada 10 Februari 2015.

Kehadiran tuan/puan ke mesyuarat ini amat bermakna dalam mencetuskan idea baru serta mencari solusi bagi sebarang permasalahan yang timbul. Semoga kehadiran tuan/puan dapat memberi intipati yang berguna kepada pihak kami dalam mentadbir sekolah.

You are here: Home