Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun, 2013, Petua Hadapi Peperiksaan

  • PDF

 

Dengan Lafaz Bismillah mengharap pertolongan dan keredhaan Allah.  Dikesempatan ini, warga Sekolah Sekolah Rendah Islam Al Huda (SERIAHG) mengucapkan "Selamat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang buat semua pelajar  (SERIAHG). Sedikit petua untuk diamalkan,  Insya Allah  sdikit sebanyk dapat membantu semua pelajar.

1- Jangan tinggalkan doa  dan solat hajat

Kadang-kadang kita terlupa untuk berdoa dalam kesibukan kita berusaha. Kadangkala waktu-waktu mustajab doa pun kita tidak berapa peka. Contohnya selepas solat 5 waktu. Kalau boleh, lazimkan diri berdoa secara khusus untuk pelajaran dan untuk imtihan. Bukan hanya ketika hampir imtihan sahaja, tetapi setiap hari. Khususnya sebelum memulakan kuliah  atau pelajaran di kelas. Juga jangan lupa untuk solat hajat khusus untuk imtihan yang akan kita tempuh.

2- Bersedekah

Antara keberkatan bersedekah adalah diluaskan rezeki oleh Allah SWT. Rezeki bukan berupa harta semata-mata, tetapi juga berupa kejayaan dalam pelajaran. Justeru, biasakan diri bersedekah sekurang-kurangnya pada hari Jumaat bagi meraih keberkatan tersebut.

 

3- Lazimi membaca Al-Quran

Antara cara untuk menjernihkan hati adalah dengan zikrullah , manakala zikrullah yang paling afdhal adalah membaca Al-Quran.

Sabda Nabi s.a.w : " apabila anak adam melakukan suatu dosa, maka satu titik hitam akan melekat pada hati mereka..''.Justeru atas kesedaran tentang betapa lemahnya kita yang seringkali terjebak dengan dosa baik secara sedar atau tidak , maka Al-Quran adalah penawar yang paling mujarab untuk menanggalkan titik-titik hitam di dalam hati kita. Seeloknya, sebelum mengulangkaji atau menghafal, terlebih dahulu ambillah sedikit masa untuk membaca Al-Quran.

4- Hafal '' mana yang patut ''

Jangan bebankan otak kita untuk menghafal perkara-perkara yang ''tidak patut'', sebaliknya kenal pasti apa yang patut dihafal dan mana yang tidak. Adakala, sesetengah subjek memerlukan lebih kepada kefahaman berbanding menghafal. Sebaliknya ada juga subjek yang memerlukan lebih kepada hafalan , contohnya takrif-takrif istilah atau dalil-dalil. Jika kita tidak bijak membezakan kedua perkara tersebut, dikhuatiri otak kita cepat penat seterusnya mengurangkan kualiti pembelajaran kita dan menyebabkan otak blurr .

5- Buat nota

Sebenarnya ada benefit tertentu kepada orang-orang yang gemar menulis. Perhatikan, ada orang kerjanya memang suka menulis, manakala ada orang lebih suka mendengar. Orang yang suka menulis akan menulis apa sahaja yang dia dengar atau maklumat yang dia dapat, tetapi sesetengah orang tidak begitu. Kalau dilihat dari sudut kaedah menghafaz Al-Quran, kaedah menulis (tahriri ) ini sebenarnya sangat membantu ingatan seseorang penghafaz Al-Quran. Begitu juga dengan madah / subjek, jika kita seorang yang rajin membuat nota , meskipun kita tidak menghafal secara langsung, tetapi menulis nota itu sendiri sebenarnya merupakan satu proses hafalan secara tidak langsung kepada kita.

6- Study smart

Sememangnya cara belajar akhir waktu atau last minute bukanlah cara yang baik untuk dipraktikkan. Sebaiknya, kita telah mempunyai jadual ulangkaji yang konsisten dari awal lagi. Justeru, bila hampir ke tarikh imtihan, kita tidak perlu kalut untuk mengulangkaji kesemua bab secara 'terdesak'.

7- Kembali ikhlaskan niat

Kadangkala, bila semakin lama belajar, dan bila hampir ke tarikh imtihan, minda kita terlalu 'memaksa' untuk menjadi yang terbaik dan melakukan yang terbaik. Itu bukanlah sesuatu yang negatif sebenarnya. Tetapi adakala, kita boleh terlupa tujuan kita menuntut ilmu itu sendiri. Sesungguhnya niat kita bukan hanya untuk 'menang' di atas kertas, sebaliknya kita mahu menyimpan ilmu itu benar-benar di dalam dada kita. Justeru tidak akan timbul soal belajar hanya untuk imtihan dan sebagainya. Juga, kita tidak ak


an merasa 'down' andai kata markah yang diperolehi tidak seperti yang kita target.

8- Meminimakan perkara-perkara yang boleh melalaikan

Jika seseorang itu benar-benar mahu sukses, maka ini antara mujahadah terbesar yang perlu dilakukan. Bukan mudah sebenarnya untuk menjauhkan diri dari perkara-perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Contohnya menonton filem, bermain game, melayari internet, online Facebook dan selainnya. Kecuali jika kita bijak membataskan masa, maka tidak akan menjadi masalah. Jika tidak, peratusan tumpuan kita akan terjejas. Banyak atau sikit, ia tetap akan menjejaskan. Jadi, kalau kita mampu, eloklah kita mufaraqah dari perkara-perkara tersebut sekurang-kurangnya sewaktu hampir-hampir imtihan.

9- Doa  guru

Antara punca keberkatan adalah keredhaan dari guru yang mengajar. Meskipun kita tidak rapat dengan pensyarah , sekurang-kurangnya jangan tinggalkan mereka dalam setiap doa kita. Mintalah pada Allah supaya guru kita tersebut diberikan kesihatan serta kebaikan yang berpanjangan. InsyaAllah, ilmu yang kita dapat akan diberkati dan proses kita dalam menghadapi imtihan juga akan dipermudahkan oleh Allah.

10- Minta doa dari ibu bapa

Mintalah restu dari kedua ibu bapa kita dan minta mereka doakan kita supaya dipermudahkan dalam menempuhi peperiksaan. Semoga redha dari kedua mereka akan memudahkan proses pembelajaran kita dan memberi kelapangan kepada hati kita untuk menduduki imtihan yang akan datang.

DOA KETIKA MENGHADAPI KESUKARAN, KESEDIHAN dan KEMALASAN

اللَّهُمَّ إنِّي أعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَ الْحَزَنِ ، وَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ ، وَ الْبُخْلِ وَ الْجُبْنِ ، وَ ضَلَعِ الدِّيْنِ وَ غَلَبَةِ الرِّجَالِ

Aku berlindung pada-Mu ya Allah dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

 

Akhirul kalam, selamat menghadapi peperiksaan bit-taufiq wan najah...jangan berputus asa walau apapun keputusannya nanti..semuanya TARBIAH dari Allah..wallahualam...(^_^)


 

You are here: Home